2 bekas ahli lembaga koperasi didenda RM50,000, RM20,000
By Unknown - Wednesday, 12 December 2012
SEREMBAN — Dua bekas ahli lembaga Koperasi Aristokrat Malaysia Berhad
masing-masing didenda RM50,000 dan RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di
sini, hari ini selepas didapati bersalah kerana mengemukakan diri
sebagai koperasi sedangkan koperasi itu belum didaftarkan dengan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), empat tahun lalu.
Ahmad Fauzi Daud, 41 dan kakaknya Rosliana, 44 turut menghadapi hukuman penjara masing-masing enam bulan dan tiga bulan jika gagal membayar denda itu.
Hakim Datin M. Kunasundary bagaimana pun membenarkan denda dan hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkan kedua-dua tertuduh mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa mengemukakan diri sebagai ahli lembaga koperasi tersebut di sebuah bank di sini bagi membuka akaun semasa atas nama koperasi sedangkan koperasi tersebut belum didaftarkan dengan SKM.
Ahmad Fauzi yang bertindak sebagai pengerusi manakala kakaknya sebagai setiausaha koperasi tersebut melakukan kesalahan itu di RHB Bank Berhad cawangan Taipan Senawang, di sini, pada 5 Jun 2008.— BERNAMA

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS
0 comments for "2 bekas ahli lembaga koperasi didenda RM50,000, RM20,000"